Wednesday, August 1, 2018

Definisi Kraf

"Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf".
"Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagianny


tembikar sarawak:
























Pasu Orang Iban Sarawak
Ciptaan tangan manusia dengan adunan tanah dan air telah membawa bersamanya kisah yang berusia 1,000 tahun sebelum masihi. Kisah ini mengimbas kembali kehidupan dan kreativiti manusia zaman Neolitik. Reformasi tamadun manusia telah membawa perubahan demi perubahan kepada seni kerjatangan seramik. Penemuan pasu Iban di Gua Niah Sarawak membuktikan kerjatangan ini telah wujud sejak beratus tahun yang lampau.

Antara kaum peribumi yang mewarisi kerjatangan ini adalah Iban, satu-satunya kaum yang demokratik dalam kehidupan seharian. Penghasilan pasu Iban dipercayai mempunyai unsur-unsur kerohanian kerana fungsinya lebih ke arah upacara-upacara rasmi kaum Iban. Gahnya "Nuan" satu rencana yang menggambarkan keunikan penghasilan pasu secara traditional dan keunikan ini digabungkan dengan cara hidup masyarakt suku kaum Iban.


kraftangan bakul



Bakul merupakan salah satu seni anyaman yang lazimnya dibentuk daripada anyaman buluh, rotan, bemban atau mengkuang. Beberapa teknik digunakan bagi menghasilkan bakul di mana buluh dibelah menjadi saiz lebih kurang satu sentimeter terlebih dahulu. Bilahan buluh tersebut hendaklah dijemur beberapa lama sehingga kering. Bahagian dalam buluh itu hendaklah dibuang kira-kira setebal 0.5 cm. Saiz bakul yang dihasilkan adalah bergantung kepada jumlah bilah yang menjadi asas/dasar bakul. Bilah-bilah buluh tersebut dianyam secara bersilang dan kemudian antara bilah-bilah buluh tersebut diselitkan. Ia dilakukan secara berterusan sehingga membentuk sebuah bakul. Bakul akan diwarnakan menggunakan varnis atau mengikut warna yang digemari supaya ia kelihatan lebih cantik dan menarik. 
Kegunaan bakul adalah sebagai bekas untuk membawa, menyimpan, menyukat, menakung dan sebagainya. Contohnya, bakul berkaki dianyam rapat dari tapak ke atas daripada buluh, bertiang buluh sebagai kaki, mulutnya yang berbingkai yang beranyam tulang belut dengan menggunakan batang ribu-ribu adalah digunakan untuk menyimpan atau mengisi beras atau padi.
Bakul lengkung pula berbentuk cekung dan beranyam rapat digunakan untuk mengisi beras, padi, kekacang dan sebagainya.
Bakul tapis adalah bakul yang digunakan untuk menapis atau mengeringkan beras dan lain-lain selepas dibasuh.Biasanya bemban digunakan untuk bakul bagi tujuan lain.